Monday 27 August 2012

kiranya rindu itu kerna kasih padanya

assalamualaikum n salam senyuman blogku syang..

maaf lama fra x update stories 4 my blog syang ni .=) diz time ,fra nk update about 'kiranya rindu itu kerna kasih padanya'..

dear blog,,
  rindu??actually rindu itu luas maknanya.banyak pengertiannya.. contohnya rindu kita pada allah s.w.t yang paling utama, rindu kita pada rasulullah s.a.w, rindu kita pada sekalian makhluk ciptaan allah s.w.t, dan sebagainya..kerna itu rindu itu juga adalah perasaan yang secara semulajadi  akan lahir disetiap naluri manusia..dimana kita mengasihi seseorang itu ,lalu kita akan merinduinya jika berjauhan..dan sesungguhnya rindu itu dapat diubati dengan doa kerna doalah dpat mendekatkan seseorang itu tika ianya berjauhan..

  blog syang,,
   bagi fra,rindu itu akan sentiasa  tersemat dihati wlaupun seseorang itu telah pergi dari hidup kita..sesungguhnya ianya adalah salah satu dari lumrah didalam kehidupan..tapi kita harus sentiasa merelakan dan redha dengan setiap ketentuannya,,jadi ,kita haruslah sentiasa berusaha berdoa untuknya agar dapat mengurangkan rasa kerinduan itu..

sepetimana sebahagian  puisi "erti rindu" ini yang fra peroleh dari artikel yang dicari2~

 rengkuh secarik bahagia
dekap indah bayangnya
menariklah ketika sepi

besenandunglah disaat sunyi
dendangkan sejuta aksara RINDU,
semerdu bahasa cinta..


sentiasalah merindui kasih dari "yang maha kuasa" agar kita dapat merasakan ikhlasnya rindu kita pada makhluknya..insyallah ~

                                                                 
~tiada duka yang abadi dunia,
 tiada sepi merantaimu selamanya.
 hati yang rindukan cinta dijalannya,
 semua akan indah pada akhirnya

~


                                says: ayat :surah al-baqarah ~

 

Thursday 16 August 2012

~jodoh itu rahsia allah s.w.t~

assalamualaikum dan salam senyuman blogku syang,,,


   lame dah kan fara x update blog.. dlam dua hari camtu lah kan2..actually,dipagi yang indah ini fara nak update stories bout "jodoh itu rahsia allah "..

dear blog,,,

   jodoh dan pertemuan seseorang insan itu ditangan allah s.w.t... adakalanya tak semestinya orang yang kita harapkan dia menjadi milik kita akan jadi milik kita..itulah yang dinamakan rahsia allah.. hanya allah s.w.t sahaja  yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambanya.. dan begitulah jua ajal dan maut itu juga adalah rahsia darinya.. kita harus belajar untuk redha dengan setiap ketentuannya.
jodoh??? walaupun adakalanya jika kita merasakan yang kita mampu bahagia sentiasa bersama sidia..itu tidak tentu kita akan sentiasa ada disisinya..
seperti umpama serangkap ayat:-

jodoh itu rahsia allah..
sekuat mana kita setia,sehebat mana kita merancang,
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sedalam mana kita mencintai,setinggi mana pengorbanan kita,
sejujur mana kita menerima seseorang itu,
jika " yang maha kuasa" tidak menulis jodoh kita bersama sidia,kita tetap tidak akan bersama sidia..


    dengan itu,kita hendaklah menerima dengan rela hati jika sidia itu memang tidak ditakdirkan untuk kita....insyallah mungkin suatu hari nanti kebahagiaan akan tiba tanpa kita sedari..kebahagiaan yang kita idamkan...iaitu kebahagiaan yang ikhlas dan suci diatas jalannya..

    dan ingatlah wahai rakan2,, janganlah kita sesekali kita letakkan seseorang itu sebagai HAK MILIK kita selagi tiada akad nikah terpatri dalam hubungan  yang sedang dibina...kerna semuanya adalah ketentuannya...
moga -moga kita ditemukan dengan pasangan yang dapat kita sama2 memperbaiki diri diatas jalan yang diredhainya..insyallah~




says: doa bertemu jodoh (bagi wanita)




Friday 10 August 2012

~istikharah cinta~(diantara dua hati)

assalamualaikum & salam senyuman blogku syang..


   kali ini fra nak stories bout " cinta yang berlandaskan kasih kerna illahi"..perasaan yang lahir secara semulajadi didalam setiap naluri seorang umat manusia itu...perasaan yang dimana ianya dititipkan oleh allah s.w.t didalam diri kita..cinta kepada allah s.w.t ialah cinta yang paling utama,cinta pada rasullullah s.a.w,cinta pada keluarga kita,sahabat,seluruh ciptaannya dan seterusnya cinta kepada pemilik hati kita bila tiba jodohnya..

dear blog,,,

    "istikharah cinta" yang sebenar-benarnya harus disematkan diminda kita..,,iaitu sentiasa mengingatkan diri kita sendiri bahwa cinta diantara manusia yang lebih pasti ialah cinta diatas satu lafaz yang sah(pernikahan)...
dan walaupun diri ini ( seorang muslimah yang tidak terlalu baik) ,tapi akan ku cuba tuk perbaiki diri ini agar menjadi seorang yang sempurna diatas cintanya.agar cintaku yang bakal tiba suatu hari nanti adalah cinta yang berkisahkan kerinduan padamu allah s.w.t...cinta yang besar maknanya ..kasih yang bepanjangan didunia dan diakhirat..

  cinta dan jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya suatu hari nanti,,mungkin sebelum ini diri ini tidak menyedari makna cinta yang sebenrnya..cinta yang utama (allah s.w.t)..dan .insyallah,diwaktu inidiri ini akan sentiasa berusaha dan belajar untuk menanti sipemilik hati yang sebenarnya(cinta antara dua insan),..
sentiasa berdoa untuk menanti cinta insan yang sentiasa mencintai allah s.w.t..sentiasa merindui insan yang merindui allah s.w.t...beristikharah didalam cinta yang ikhlas...

blog syang,,

    sentiasalah  mendambakan cinta yang dikurnia allah s.w.t. suatu masa nanti....yang dapat membimbing seorang muslimaah itu agar lebih mengingati dirimu (allah s.w.t),membimbing untuk mendalami ilmu agama sementara masih bernafas,,,sentiasa berkasih diatas jalan allah s.w.t...agar tidak terpaling dari syariat allah s.w.t.....~cinta yang halal diantara dua insan yang dinantikan.....

 moga diri ini belajr untuk  redha dengan sesiapa pun yang tertulis buat diri ini...semoga cinta sipemilik hati yang akan tiba nanti   dapat memperbaiki diri ini.. dan  moga allah s.w.t menyatukan hati cinta yang akan tiba didalam keindahan istikharah cinta allah s.w.t yang agung hingga keakhirnya....

insyallah ~

   
says: song's for" istikharah cinta"...


wassalam..
nurul farahin abdul aziz

Tuesday 7 August 2012

ring's from mr.right~



   Assalamualaikum n salam snyuman blogku syang..

  Actually,hari ni fara nak kongsi stories bout cincin kahwin mengikut personaliti seseorang wanita itu..
  first of all, meh fra stories dulu serba sedikit maksud "berharganya sesebuah ikatan yang sah"...ikatan yang menyatukan sigadis dan si teruna... kasih yang dipatri berdasarkan kasih syang mereka terhadap allah s.w.t..berdasarkan kerinduan pada yang "esa".. dan bagi memenuhi salah satu syariat allah s.w.t iaitu "perkahwinan"...

 dear blog,,,
 bile kita sebut pasal cincin kahwin ,ianya mempunyai makna yang besar dan terlalu bernilai bagi sigadis...dan pemilihannya haruslah secara matang,. seiring dengan personaliti seseorang gadis itu..maybe orang laen x  meneliti sangat soal ini,but cincin kahwin itu akan lebih bermakna jika ianya mengikut peribadi sigadis..

ni fara nak kongsi bout jenis2 cincin kahwin megikut personaliti sigadis:

1) Cincin klasik bermata satu (solitaire)

            Cincin solitaire bertakhtakan sebuah batu permata sebagai bentuknya merupakan jenis cincin kahwin yang paling umum.Cincin ini sesuai bagi wanita yang menginginkan kesan klasik tradisional yang tidak pernah usang.dan merupakan pilihan yang paling sempurna bagi hampir semua keperibadian wanita.Cincin ini adalah pilihan tpat bagi wanita yang kurang suka mengikut tren.Paling sesuai bagi wanita yang tradisional,beriorentasi  terhadap karier,mewah ,suka bergaul

2) Cincin bermata tiga
 
     Cincin bermata tiga merupakan angka yang sangat simbolis bagi banyak budaya dan agama.mata tiga dalam cincin pernikahan juga merupakan simbol dari masa lalu,masa sekarang dan masa depan.Cincin bermata tiga sangat ideal bagi wanita yang menginginkan cincin dengan makna mendalam dan sifat peribadi.Cincin jenis ini sesuai dengn peribadi berkeyakinan,romantis ,rendah hari,dewasa dan misteri

3) Cincin dengan batu melayang

   Mata cincin tidak terletak pada rangkanya,melainkan dua sisi cincin yagn ditekan,Batu cincin ini terlihat seperti melayang diudara.Lingkaran cincin lebih tebal dan kuat(untuk menyangga berlian ditempatnya).Secaara keseluruhan tampilan cincin ini kotemporari dan berani.Ideal utk wanita moden dan berfikiran maju yang berani mengemukan pendapat.dan juga peribadi yang urban,berani,suka perubahan,berjiwa pemimpin,ekspresif

4) Cincin dengan permata berwarna

  Ada berbagai jenis dan bentuk cincin kahwin dengan permata berwarna,yang paling popular adalah batu safir,rubi,dan zamrud.Cincin ini sesuai bagi wanita yang berjiwa seni dan artistik.Jika anda seorang seniman,crative thinker,kreatif,artistik,sentimental,ekspresif,mahir memetik gitar,sentimetal,mahir memetik gitar,ekspresif..ianya sesuai untuk anda

5) Cincin vintage atau antik

   Bercorakkan rumit dan bertema romantis.cincin ini mengingatkan kita dimasa lampau.cincin antik yang paling didambakan adalah cincin yang bersal dari era victorian dan art deco.Vintage dan atik ditujukan bagi wanita yang idealisme tinggi  yang percaya akan masa depan yang lebih baik.Cincin ini juga sesuai untuk para pencinta seni,wanita romantis,original dan peribadi yang hangat..
cincin pernikahan ini ideal bagi gadis yang menyukai kesederhanaan dan kenyamanan.cincin polos juga sesuai bagi gadis yang tidak menggemari berlian dan perhiasan,diperuntukkan bagi peribadi yang rendah hati,sopan,pemalu,dewasa,dan intelektual.

6) Cincin dengan batu2 permata kecil.

   Terdiri dari sebuah berlian yang diapit dua atau lebih berlian kecil.corak cincin ini memberi kesan impersif,cemerlang,dan keinginan untuk menjadi perhatian.Ideal bagi wanita yang glamour ,dan tidak segan menunjukkan kejayaan mereka


~says but bg fara kesesuaian cincin tidaklah terlau penting.apa yang paling utama ialah kesesuaian sigadis dan bakal suaminya .seiring dengan kasih dan redha dari allah s.w.t~









Friday 3 August 2012

~buat ayah yang dirindui,,,

assalamualaikum w.b.t..

 dearie blog,,
 
  fitrah manusia semestinya menginginkan sebuah keluarga yang sempurna,keluarga yang bahagia..keluarga yang dipimpin oleh seorang lelaki ( ayah )..ayah yang dapat membimbing kita utk mempelajari ilmu agama bersama keluarga..ayah yang dapat kita kongsi masalah dengannya..n ayah yg dapat kita lihat keceriaan diwajahnya..

  begitu jua fra,kadangkala terasa sedih dihati pabila teringatkan ayah tinggalkan kami,. dan yang paling pahit ialah berpisahnya kami kerna alasan yang tidak patut,, memangla orang akan cakap x yah la ingat lagi,benda dah lame ..but x kan mungkin dengan cepatnya kita akan lupakannya..nak2 ditinggalkan oleh salah seorang yang penting dalam hidup kita..n nak2 ayah fra still ade lagi,but x tau kemana dia menghilang.. x pernah sekali pun kami berhubung even sesaat pun...but,fra tau fra harus kuat utk mnjalaninya,, sekuat ibu fra yang mampu menjaga kami sebagai ibu  n ayah tuk kami...

 blog syang,,
   impian fra :nak sangat ambil gambar keluarga bersama-sama..ada ayah.... tapi  takpelah ,it's ok..mgkin kami akan ditemukan suatu hari nanti.. insyallah.... hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesihatan utk ayah diwaktu ini...


  ~walau dimana jua ayah berada,insyallah anakmu ini akan sentiasa mendoakan~


says:saje upload lagu ni....lagu  yang memberikan sejuta makna.. kan?? ...hu3



Thursday 2 August 2012

~menghitung hari tibanya syawal~

Assalamualaikum n salam ramadhan blogku syang...

  post pada kali ni fra nak kongsi tentang persiapan raya yang bakal tiba..Perbelanjaan raya yang mungkin kita sendiri tidak sedar bahwa kita telebih membeli barang yang bukan keperluan kita,,tapi diatas kehendak kita..kadang2 sampai parents kita pun pening bila fikirkan soal ini.. dah kata parents kita yang melaburkan wang untuk kita berbelanja ..seharusnya,kita harus kenal erti berjimat dan tidak membeli terlalu banyak..belilah hanya sekadar yang mampu..contohnya,dari segi pakaian ,just beli 2 or 3 pasang,...
n ble bicara soal kueh 2 raya yang hendak dibeli,belilah dengan cara yang sederhana..so,kita digalakkan beraya dengan bersederhana..

dear blog,
persiapan raya dsisi family tersayang,akan membuatkan syawal yang akan tiba ini bermakna...
n ni fra nak show's gambar2 items utk raya t :



1)ni la antara pakaian yang akan kita beli utk raya,,memangla banyak yang berkenan dihati..but kita haruslah save budget..kan2???

2)ni pula antara kueh raya.. sedapkan???...x sabar rasanya nak raya =)
nak almond london satu ?? =) hehee



3)ni menu utama dihari raya t,iaitu ketupat dan rendang..



says: menikmati keindahan puasa dahulu,sebelum menikmati kegembiraan dihari raya...hehee


salam ukhwah ,,
~kaseh suci~



dear blog,,

  actually,fra nak stories about bbrapa comment yang telah dhantar oleh orang yang kurang sopan.....tujuan fra post cerita2 dari fra adalah untuk dikongsi ,bukan untuk dicaci..diharapkan orang yang bertanggungjawab itu  sedar akan kesalahannya..

wassalam...

Wednesday 1 August 2012

~duhai ketabahan...

assalamualaikum dan salam senyuman blogku sayang ~

hidup ini umpama putaran roda...kadangkala kita dibawah ,dan adakalanya kita diatas,,
adakalanya kita disisi kegembiraan ,dan adakalnya kita disisi kesedihan...

dear blog,
bagi fara,x semestinya putaran hidup kita akan sentiasa seperti apa yang kita inginkan..kita harus kuat tika kita sedih,dan kita harus ceria andai kita memiliki kebahagiaan..just as a simple word"happy go lucky"..
moment yang paling fra ingati ialah disaat bahagia disi orang yang tersayang,,x kira family,dan juga sahabat ..dan yang paling penting bahagia disisi allah s.w.t...dan moment yang paling fra x nak ingat (sedih) ialah 
disaat orang yang disayangi meninggalkan fara..

    memang itu yang ditakdirkan allah s.w.t, fra harus terima dengan ikhlas hati..dan setiap manusia juga harus redha dengan ketentuannya..allah s.w.t memberi kita dugaan agar kita lebih mengingati dirinya dan berubah untuk menjadi yang lebih baik disisi "dia"(allah yang maha kuasa)"...sungguhpun adakalanya kita tidak rela untuk menerima apa yang terjadi,kita harus jua menerima dan menjalani sesuatu dugaan itu dengan hati yang tabah...

hati yang tabah itulah penawar bagi setiap dugaan ..


says:sedih dan tawa seseorang hamba allah s.w.t itu sebenar-benarnya hanyalah diketahui oleh allah s.w.t ~