Thursday, 18 April 2013

Belajar lebih mencintai DIA yang satu ...penentu hidupku

Assalamualaikum dan Salam Sahabat semua...

Maaf kiranya sudah lama tidak fra mengisi entri di blog "kaseh suc"i ini.. dengan kesibukan diri yang melanda,tiada sempat untuk fra mengisi ilmu ataupun cerita2  yang hendak dikongsikan buat rakan2 sekalian..

entri buat kali ini ialah "cintailah Allah s.w.t lbih dri yang lain..dan jua bertambahnya kekuatan kita didalam usaha mecapai redhanya" .ini juga bagi peringatan untuk diri ini juga dan buat rakan2...
Didalam usaha kita untuk mencapai redhanya ,kita harus belajar untuk kuat dan tidak sesekali merasakan kekalahan walaupun kiranya adakala kita merasakan diri kita tidak layak untuk menggapai keindahan islam yang sebenar-benarnya..

Sahabat sayangku sekalian...

 Seperti menurut pendapat 2 yang lain,,jika kita ingin berubah,,kita belajar untuk mendekatkan diri dgan sahabat2 yang solehah..dan saling mengingatkan antara rakan..sentiasa cuba untuk menghadiri majlis 2 agama yang diadakan..dan juga sentiasalah kita cuba beristiqamah dijalannya.. demi keberkatan darinya,,tolaklah segala apa yang tidak benar .. berusaha melakukan apa yang disuruhnya.agar kita sentiasa bersiap sedia didalam mengharungi hari2 yang akan datang .yang kita sendiri tidak tahu pengakhirannya di duniawi ini.. cuba untuk perlahan2 mempersiapkan diri untuk dialam sana kelak..akhirat yang pasti..

  "Mencintai Allah s.w.t": sesungguhnya cinta yang terindah hanyalah cinta kepada DIA.. penentu segala takdir kita....jika kita belajar untuk mencintai Allah s.w.t ,begitu jua kita akhirnya dapat jua mencintai manusia dengan ikhlas hati dijalannya..

  walaupun diri ini ku ketahui daku tidak layak berkata begini,akan tetapi daku cuba untuk berkongsi apa yang diri ini tahu,,agar diri ini juga dapat sama2 berubah bersama rakan 2 seperjuangan sekalian.
memang mengambil masa yang lama untuk  benar2 beristiqamah dijalnnya,,tapi akan kita harungi nya..
sesungguhnya yang paling teristimewa hanyalah saat kita "ISTIQAMAH dijalannya ..insyaAllah..
"DIA yang satu" .



                                                                      fatamorgana ...

~salam sayang~
  (kaseh suci)

Monday, 25 February 2013

Pengharapan sesuatu yang belum pasti...adakah bahagia akhirnya ~

Assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan sekalian..

Firstly ..lama dah fra x update entri ..But entri pada kali ini fra nk bicarakan tentang "pengharapan sesuatu yang belum pasti".,pengharapan ataupun berharap bererti kita berhrap pada sesuatu . Tidak kira kita berharap untuk mendapat cinta dari allah s.w.t ataupun cinta dari seseorang insan itu..

 Dear blogku syang,

    Berbicara tentang pengharapan kita untuk memperolehi atau memliki cinta dari seseorang insan itu..adakalanya kita harus mengalah kerna perasaan ang kita rasa kadangkala hanya kita yang merasainya.. Dan bukannya dari kedua2 pihak.  Belajar untuk erti redha dn kuat dlm menerima apa hendaknya.. Sememangnya kita tahu perasaan itu tidak boleh dipaksa..Tapi atas dasar kita sentiasa akan setia menunggu persaan dari seseorang itu.sentiasa berusaha membuat seseorang itu bahagia,sentiasa berusaha membuat insan itu bhagia dgan kita.belajar utk menantikan cinta halal darinya.. Syang yang x perlu diungkapkan dgn rasa cinta..Sentiasa berdoa padnya agar suatu ketika nt cinta seseorang insan itu adalah milik kta...kasih hingga ke syurga..insyallah..amin..


Dan walau siapa cinta kta yg dahulu..ianya x bererti syang dan cinta kita bukan untuk yang kini hingga hujung nafas kita...
krna kasih dan cinta yg sememangnya adalah kasih hingga ke jannah...insyallah...

belajat untuk mndpt cinta dari Allah s.w.t....bljar utk mendptkn cinta dri keluarga dan.barulah belajar utk mendptkan cinta dari insan trsayang..

  Walaupun diri ini bukan yg terbaik tapi diri ini mampu utk jadi yg terbaik..insyallah




Tuesday, 22 January 2013

Coretan hati...muhasabah cintaku dijalannya ~

Assalamualaikum n salam penuh kebahagiaan untuk rakan blogku syang,,

Dear blog,
   hidup ini umpama kaca.. kadangkala dugaan nya dapat ditempuh dn adakalanya sebaliknya,
dan begitu juga disetiap pertemuan,pasti adanya kebahagiaan dan juga kesedihan,..

Dear blog,,
  tajuk entri pda kali ini ialah puisi "coretan hati..coretan hati antra dua insan..

    tika hatiku seakan memanggil namanya,
    mengemis kasih darinya,
    aku rindu,,jadi rindu,
    rindu pada si jantung hati..
  
    ya allah,moga kasih antra kita dapat disatukan  olehnya .
    hanya dia yang menentukan takdir kita ..

    cinta yang suci dan tulus terlahirnya dari keikhlasan hati..
    hati yg sentiasa menantikan "bakal imam " buat diri ini yg dinanti...

   hadirnya dirimu memberi diri ini merasai sejuta keindahan ,
   setelah diri ini merasai sejuta kesedihan..

  diri ini bangkit..
  dengan adanya yang teristimewa dihati...

 istimewanya dirimu buat diri ini...

                                                                                                                           

                                                     ~bermuhasabah dijalan cinta Allah s.w.t                                                                  
  salam sayang
  ~kaseh suci ~

Saturday, 8 December 2012

~Penghijrahan memberi seribu pengertian ~

Assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan buat blogku syang,,,
ian   firstly, lama dah kan fra x m'update entri di kaseh suci .. disebabkan hal2 yang trtentu dan kesibukan kerja sementara la kan2.. hehe.. entri pada kali ini fra nak share bout "penghijrahan seseorang hamba allah s.w.t"..

   Dear blog syang,
   penghijrahan pada umumnya memberikan kita banyak pandangan dan pengertiaan.  misalan diantaranya penghijrahan dari segi muslimah yg tidk berhijab kearah yg berhijab.. memang terselah ayunya seseorang  muslimah itu kan bila sopan dan mengikut cara dan gaya islam yang sebenar..dan begitu juga bagi seseorang dari bukan islam itu pada yang islam.. kerna sememangnya islam itu memang indah...islam itu sememangnya suci dan sangatla indah jika kita benar2 memahaminya dan mendalaminya ..


  Dan buat rakan2 blog, moga kita sentiasa belajar untuk memahami dan mendalami erti kata sesebuah penghijrahan itu,.. kerna ianya sememangnya amat bermakna..

 Dan adakalanya mungkin kita perlu bermuhasabah diri kita untuk kita betul2 menyempurnakan arah penghijrahan diri kita.. dan agar sentiasa diatas jalannya.. jalan agama islam yang suci dan diatas jln yang sentiasa diredhai dan diberkati oleh DIA yang satu,,,insyallah ...


 " Penghijrahan yang memberi seribu pengertian "


salam sayang:
~kaseh suci~

Sunday, 14 October 2012

biar rindu kejauhan~

Bila terasa rindu..
ku sebut namamu...
dengan harapan kau kan muncul dalam tidur
bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
dan barulah kuterasa bagai disembuh..


Assalamualaikum dan salam kerinduan buat blogku syang,

 Agak lama dah kan fara x mengupdatekan entri didalam blog ni..sorry.. Miggu ni amatlah sibuk.(atas sebab2 kesibukan didalam menghabiskan sem yang akhir ini.wish me luck ya... untuk entri pada kali ini,fara nak stories tentang "biar rindu kejauhan'....
 rindu pada umumnya ialah rindu  pada yang satu,rindu pada yang utama,keluarga,sahabat,kenalan ,jiran dan sebagainya.

  Selain dengan mengungkapkan seungkap ayat"i miss u" ,dengan iringan doa juga adalah salah satunya..
Rindu adalah satu perasaan yang indah..Yang paling indah hanyalah rindu pada yang satu, dan rindu yang indah juga adalah rindu yang dititipkan antara kita sesama manusia..Bila kita sayangkan seseorang,kita pasti akan terasa rindu bila berjauhan dengannya..Bila kita tidak bertemu dengannya...
Itu adalah lumrah kita didalam meniti arus kehidupan.Betapa berertinya kan sebuah kerinduan???..


Blog syang,

 Belajarlah untuk menghargai sesebuah kerinduan itu..Kerna dengan kehadiran rindu itu lah ,ianya juga dapat memberikan kebahagiaan dan keindahan didalam diari hidup kita.. sentiasalah kita berusaha untuk menitipkan doa didalam mengharungi rasa rindu dihati.. dan tidak lupa juga rindu kita untuk menemui Rasulullah s.a.w...rindu kita untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan didalam diri,rindu kita untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri,dan juga rindu kita untuk menggapai sebuah kejayaan bagi menghadiahinya kepada orang tua kita yang telah banyak berjasa untuk kita..
moga kita dapat menyempurnakan dan mencapai segala kerinduan ini..
insyallah~





 says:kata-kata hikmah..





Wednesday, 19 September 2012

rapuhku tika di atas titian kehidupan~

assalamualaikum w.b.t  &  salam senyuman blogku syang,,

actually,untuk entri pada kali ini ,,fara nak kongsi tentang"rapuhku tika diatas titian kehidupan"..

 dear blog,
sepertimana yang kita ketahui,perjalanan kehidupan kta dimuka bumi yang hanya milik Allah s.w.t ini adalah sementara sahaja.Yang kekal hanyalah  diakhirat kelak..dengan itu kita harus sentiasa belajar dan mempraktikkan ilmu-ilmu agama didalam diri kita. insyallah segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Sungguhpun telah kita ketahui yang kita ini hanyalah insan biasa yang adakalanya  tidak lepas dari melakukan sebarang salah dan silap samada yang sengaja ataupun tidak sengaja. insyallah,dari hari ini,mulai saat ini kita haruslah belajar untuk memperbaiki kekurangan  diri dan mengelakkan diri dari melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh "Yang maha kuasa".
.
Dan adakalanya kita lemah didalam meniti kehidupan yang  hanyalah dipinjamkan sementara bagi kita.  .Kita haruslah kuat untuk menentang yang dilarang dan sentiasa cuba untuk memperbanyakkan  amalan .Supaya mudahan dapat mengurangkan balasan untuk diri kita diakhirat kelak..  dan moga-moga kita juga dapat tergolong diantara ahli syurga nanti,insyallah..

Dan seringkali kita diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran hidup ..  Adakalnya kita tidak mampu ..untuk mencegahnya,dengan itu,kita harus sentiasa ingat bahwa , setiap ujian dan dugaan yang datang dalam hidup kita itu bukan sengaja Allah sw.t bagi ,justeru ianya adalah kerna "dia" tahu kita mampu untuk menjalani setiap rintangan yang dihadapi.
 
kuatkan diri untuk tidak rapuh tika di titian kehidupan yang hanyalah sementara ini.. mudahan kita mampu menjalaninya,

Ilmu agama penting untuk kita kuat didalam  mengubati "rapuh" tika diatas titian kehidupan ini.,dan sentiasa diatas dasar dijalan islam...




                                     

says: menanti di alam barzakh

Thursday, 6 September 2012

~berharganya taubat seseorang hamba itu ~

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat blogku syang,,

   rasanya dah lama fra x update entri di blog ni.. minggu ni sibuk sikit sebab nak final sem dah ..wish me luck .. hehe..

  Blogku syang,,
 
   tajuk entri yang fra nak kongsi ialah 'berharganya taubat seseorang hamba itu'..dan bila kita sebut soal makna 'taubat',taubat bermaksud wujudnya keinsafan dan penyesalan terhadap salah dan silap kita dimasa lalu, lalu kita ingin memohon ampun kepada 'yang maha kuasa' dengan seikhlasnya..kadangkala taubat itu bukan datang dengan sendirinya,malah ianya datang dari petunjuk dan hidayah Allah s.w.t ,dimana allah s.w.t mewujudkan rasa ingin taubat didalam kalbu seseorang hambanya itu..subhanallah....

   sepertimana yang kita ketahui taubat itu dapat mendekatkan diri kita pada yang satu ( Allah s.w.t)..walaupun kita tahu kita tidak sebaik mana,tapi kita masih tetap juga berusaha untuk mencari keredhaan darinya..biarkan apa yang dikatakan orang lain,teguhkanlah hati dan diri kita untuk memperolehi rahmat darinya.. moga taubat diterima..

    dan juga panggilan taubat dari allah s.w.t itu hendaklah  kita menghargainya dan menjalankannya dengan sempurna.sesungguhnya sesebuah taubat itu dapat memberikan kedamaian dan ketenteraman dihati seseorang hamba ..dan jika kita mensia-siakan panggilan dari Allah s.w.t itu,mungkin dunia kita akan berputar-putar,,dan dengan itu kita hendaklah berusaha untuk berubah @bertaubat padanya..

     bila kita mempersoalkan tentang 'mendekatkan diri pada Allah s.w.t',,disamping melalukan ibadah  yang disuruh olehnya,kita masih boleh  mendekatkan diri dengan mengunjungi pusat2 pengajian agama (majlis2 yang berunsurkan agama),mencari buku yang berunsurkan agama islam..dengan kita sentiasa mengingatinya,insyallah allah s.w.t akan sentiasa mengingati diri kita..

sepertimana ayat yang fra peroleh dari sebuah artikel:

 ya allah,
 ku bersujud padamu memohon keampunan,
atas segala dosa yang hamba perbuat.

ya allah dosaku menggununung,

berkenankah kau terima doaku??



p/s:insyallah ,allah s.w.t akan sentiasa menerima taubat dari kita .insyallah
  moga hidup kita sentiasa diredhai olehnya..amin~





says: debu-debu dosa(hijjaz)