Wednesday 19 September 2012

rapuhku tika di atas titian kehidupan~

assalamualaikum w.b.t  &  salam senyuman blogku syang,,

actually,untuk entri pada kali ini ,,fara nak kongsi tentang"rapuhku tika diatas titian kehidupan"..

 dear blog,
sepertimana yang kita ketahui,perjalanan kehidupan kta dimuka bumi yang hanya milik Allah s.w.t ini adalah sementara sahaja.Yang kekal hanyalah  diakhirat kelak..dengan itu kita harus sentiasa belajar dan mempraktikkan ilmu-ilmu agama didalam diri kita. insyallah segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Sungguhpun telah kita ketahui yang kita ini hanyalah insan biasa yang adakalanya  tidak lepas dari melakukan sebarang salah dan silap samada yang sengaja ataupun tidak sengaja. insyallah,dari hari ini,mulai saat ini kita haruslah belajar untuk memperbaiki kekurangan  diri dan mengelakkan diri dari melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh "Yang maha kuasa".
.
Dan adakalanya kita lemah didalam meniti kehidupan yang  hanyalah dipinjamkan sementara bagi kita.  .Kita haruslah kuat untuk menentang yang dilarang dan sentiasa cuba untuk memperbanyakkan  amalan .Supaya mudahan dapat mengurangkan balasan untuk diri kita diakhirat kelak..  dan moga-moga kita juga dapat tergolong diantara ahli syurga nanti,insyallah..

Dan seringkali kita diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran hidup ..  Adakalnya kita tidak mampu ..untuk mencegahnya,dengan itu,kita harus sentiasa ingat bahwa , setiap ujian dan dugaan yang datang dalam hidup kita itu bukan sengaja Allah sw.t bagi ,justeru ianya adalah kerna "dia" tahu kita mampu untuk menjalani setiap rintangan yang dihadapi.
 
kuatkan diri untuk tidak rapuh tika di titian kehidupan yang hanyalah sementara ini.. mudahan kita mampu menjalaninya,

Ilmu agama penting untuk kita kuat didalam  mengubati "rapuh" tika diatas titian kehidupan ini.,dan sentiasa diatas dasar dijalan islam...




                                     

says: menanti di alam barzakh

Thursday 6 September 2012

~berharganya taubat seseorang hamba itu ~

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat blogku syang,,

   rasanya dah lama fra x update entri di blog ni.. minggu ni sibuk sikit sebab nak final sem dah ..wish me luck .. hehe..

  Blogku syang,,
 
   tajuk entri yang fra nak kongsi ialah 'berharganya taubat seseorang hamba itu'..dan bila kita sebut soal makna 'taubat',taubat bermaksud wujudnya keinsafan dan penyesalan terhadap salah dan silap kita dimasa lalu, lalu kita ingin memohon ampun kepada 'yang maha kuasa' dengan seikhlasnya..kadangkala taubat itu bukan datang dengan sendirinya,malah ianya datang dari petunjuk dan hidayah Allah s.w.t ,dimana allah s.w.t mewujudkan rasa ingin taubat didalam kalbu seseorang hambanya itu..subhanallah....

   sepertimana yang kita ketahui taubat itu dapat mendekatkan diri kita pada yang satu ( Allah s.w.t)..walaupun kita tahu kita tidak sebaik mana,tapi kita masih tetap juga berusaha untuk mencari keredhaan darinya..biarkan apa yang dikatakan orang lain,teguhkanlah hati dan diri kita untuk memperolehi rahmat darinya.. moga taubat diterima..

    dan juga panggilan taubat dari allah s.w.t itu hendaklah  kita menghargainya dan menjalankannya dengan sempurna.sesungguhnya sesebuah taubat itu dapat memberikan kedamaian dan ketenteraman dihati seseorang hamba ..dan jika kita mensia-siakan panggilan dari Allah s.w.t itu,mungkin dunia kita akan berputar-putar,,dan dengan itu kita hendaklah berusaha untuk berubah @bertaubat padanya..

     bila kita mempersoalkan tentang 'mendekatkan diri pada Allah s.w.t',,disamping melalukan ibadah  yang disuruh olehnya,kita masih boleh  mendekatkan diri dengan mengunjungi pusat2 pengajian agama (majlis2 yang berunsurkan agama),mencari buku yang berunsurkan agama islam..dengan kita sentiasa mengingatinya,insyallah allah s.w.t akan sentiasa mengingati diri kita..

sepertimana ayat yang fra peroleh dari sebuah artikel:

 ya allah,
 ku bersujud padamu memohon keampunan,
atas segala dosa yang hamba perbuat.

ya allah dosaku menggununung,

berkenankah kau terima doaku??



p/s:insyallah ,allah s.w.t akan sentiasa menerima taubat dari kita .insyallah
  moga hidup kita sentiasa diredhai olehnya..amin~





says: debu-debu dosa(hijjaz)