Thursday, 6 September 2012

~berharganya taubat seseorang hamba itu ~

Assalamualaikum dan salam kerinduan buat blogku syang,,

   rasanya dah lama fra x update entri di blog ni.. minggu ni sibuk sikit sebab nak final sem dah ..wish me luck .. hehe..

  Blogku syang,,
 
   tajuk entri yang fra nak kongsi ialah 'berharganya taubat seseorang hamba itu'..dan bila kita sebut soal makna 'taubat',taubat bermaksud wujudnya keinsafan dan penyesalan terhadap salah dan silap kita dimasa lalu, lalu kita ingin memohon ampun kepada 'yang maha kuasa' dengan seikhlasnya..kadangkala taubat itu bukan datang dengan sendirinya,malah ianya datang dari petunjuk dan hidayah Allah s.w.t ,dimana allah s.w.t mewujudkan rasa ingin taubat didalam kalbu seseorang hambanya itu..subhanallah....

   sepertimana yang kita ketahui taubat itu dapat mendekatkan diri kita pada yang satu ( Allah s.w.t)..walaupun kita tahu kita tidak sebaik mana,tapi kita masih tetap juga berusaha untuk mencari keredhaan darinya..biarkan apa yang dikatakan orang lain,teguhkanlah hati dan diri kita untuk memperolehi rahmat darinya.. moga taubat diterima..

    dan juga panggilan taubat dari allah s.w.t itu hendaklah  kita menghargainya dan menjalankannya dengan sempurna.sesungguhnya sesebuah taubat itu dapat memberikan kedamaian dan ketenteraman dihati seseorang hamba ..dan jika kita mensia-siakan panggilan dari Allah s.w.t itu,mungkin dunia kita akan berputar-putar,,dan dengan itu kita hendaklah berusaha untuk berubah @bertaubat padanya..

     bila kita mempersoalkan tentang 'mendekatkan diri pada Allah s.w.t',,disamping melalukan ibadah  yang disuruh olehnya,kita masih boleh  mendekatkan diri dengan mengunjungi pusat2 pengajian agama (majlis2 yang berunsurkan agama),mencari buku yang berunsurkan agama islam..dengan kita sentiasa mengingatinya,insyallah allah s.w.t akan sentiasa mengingati diri kita..

sepertimana ayat yang fra peroleh dari sebuah artikel:

 ya allah,
 ku bersujud padamu memohon keampunan,
atas segala dosa yang hamba perbuat.

ya allah dosaku menggununung,

berkenankah kau terima doaku??



p/s:insyallah ,allah s.w.t akan sentiasa menerima taubat dari kita .insyallah
  moga hidup kita sentiasa diredhai olehnya..amin~





says: debu-debu dosa(hijjaz)

4 comments:

  1. Allah itu maha penyayang..Semoga taubat kita diterima..Insya' Allah..Amin..

    ReplyDelete
  2. hidup didunia terlalu banyak perkara yang boleh menduga keimanan yang bakal melalaikan kita. jadi dalam hati kita mesti sentiasa mengingati Allah dengan sentiasa bertaubat semoga semua taubat kita diterima :)

    ReplyDelete
  3. insyallah..mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa meberkati dn mredhai prjalanan hidup kita sbgai hambanya ~

    ReplyDelete