Sunday 29 July 2012

life must go on~



assalamualaikum n salam bicara blog semua ..

actually,title post 4 diz time (life must go on)..
kenapa fra ingin membincangkan isu ini?????..kerna sememangnya dimasa kini isu ini sering diperkatakan..


dear blog,
.sebenar2 nya ada sesetengah pihak mngatakan jika seseorang itu megalami masalah ataupun tekanan didalam dirinya..maka,akan timbullah rasa putus asa pada dirinya..dan kadangkala ianya memberi kesan yang negatif ..contohnya kita merasakan hidup ini hanya sia-sia untuk diteruskan ,tidak ada orang yang menghargai kita,dan tidak ada tali untuk kita bergantung harap..
sememangnya kita harus mengelakkan rasa yang sedemikian lahir dihati kita..harus berfikiran positif,dan meneruskan perjuangan didalam meniti kehidupan..kerna kita sudahpun tahu secara terang iaitu dunia ini hanyalah sementara.so,sementara kita diberikan peluang untuk menjalani sebagai salah seorang hamba allah yang mendiami dimuka bumi ini,kita harusnya sentiasa bersemangat untuk meneruskan hidup walaupun kita sedang mengalami sebarang masalah .kerna seteruk manapun masalah itu,kita harus sentiasa berfikiran waras dan kembali keatas jalan yang diredhainya..
sesungguhnya keredahaan allah s.w.t itu lebih penting dari segalanya..
sepertimana yang difirmankan allah s.w.t :
 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (Surah An-Nisaa’ ayat 29).


dan kita haruslah berusaha memenuhi kegembiraan sementara kita diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan ini.
kerna kehidupan ini sebenar-benarnya sangatlah indah jika kita benar-benar menghayatinya..
kerna kehidupan ini sememangnya untuk dihayati dengan ketulusan hati..
kerna kehidupan ini sememangnya bererti..


bererti buat anda,
bererti buat diri saya,
bererti buat setiap makhluk disisinya...




oleh itu sebaris ayat "life must go on" haruslah sentiasa kekal didalam diri kita"..tidak kira apapun yang terjadi..


insyallah ,moga hidup kita sentiasa diberkati...

No comments:

Post a Comment